PERANG HARGA!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
ainon-mohd perang-harga abs holding digital

Jangan main cantas-cantas harga. Itu harakiri namanya! 

Dalam game perang harga, tidak ada mana-mana pihak yang menang. Semua yang masuk dalam perang itu, semua akan terduduk!

.

Perang harga adalah permainan Budak Baru. Merekalah yang memulakan perang harga. Apabila berlaku perang harga, Budak Baru akan tergolek. Budak Lama juga yang akhirnya mampu survive.
.
Isunya bukan BARANG yang sama. Isunya adalah NILAI yang sama. Banyak peniaga amatur sukar hendak memahami konsep ini.

.

Budak Besar faham perbezaan 2 perkara ini:

+ Menjual BARANG.

+ Menjual NILAI.

Barang yang sama, tetapi apabila NILAI-nya lain-lain, maka kita tidak akan terpaksa masuk perang harga.

.

Perang harga hanya berlaku apabila semua pemain menjual barang yang sama, dan mereka semua menawarkan NILAI yang sama dan serupa. Cuma harga sahaja yang lain!

Orang bukan membeli barang. Orang membeli nilai! Jangan takut mahu menjual barang yang sama. Pastikan NILAI-nya lain.

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.