Cara Mengambil Pekerja

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
cara-mengambil-pekerja
Cara Mengambil Pekerja

Cara salah mengambil pekerja:

Biasa berlaku, kita membuka bisnes. Kita buat bisnes sorang-sorang. Kitalah towkay, kitalah kuli. Kemudian kerja makin tambah banyak. Kita pun ambil pekerja. Kita pilih pekerja yang akan tolong kita membuat kerja-kerja yang terlampau banyak, yang kita sudah tidak mampu membuatnya sendiri.

Kalau kita tak mampu hendak membuat kerja bungkus membungkus, kita pun ambil pekerja yang akan tolong kita membuat kerja bungkus membungkus itu. Pekerja yang kita ambil itu tidak mempunyai kelayakan selain layak membuat kerja bungkus membungkus. Besok lusa, apabila kita memerlukan pembantu untuk membuat kerja simpan-kira, dia tidak layak melakukannya. Hendak dilatih pun tak dapat!

.

Cara betul mengambil pekerja:

Kita kena tahu jenis kerja-kerja yang wajib dilakukan dalam menjalankan bisnes. Sebagai contoh, kerja membuat simpan-kira adalah kerja wajib dibuat. Jadi, satu hari nanti kita wajib ambil staff untuk membuat kerja-kerja book-keeping. Ambil staff yang mempunyai potensi dilatih membuat kerja book-keeping. Tapi buat masa ini dia buat kerja bungkus-membungkus sahaja dahulu. Besok lusa, apabila kita perlukan staff book-keeping, dia sudah dapat dilatih membuat kerja-kerja itu.

.

Ini adalah link chanel telegram Puan Ainon Mohd, mohon tuan-puan klik link ini untuk masuk ke dalam chanel telegram ini: https://telegram.me/puanainonmohd

 

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.