Pesanan untuk ‘Budak Baru

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
pesanan-untuk-budak-baru - ainon mohd
Pesanan untuk ‘Budak Baru’

 

Apakah tuan baru mendaftarkan syarikat? Apakah tuan baru sahaja mula menjalankan aktiviti bisnes dalam sektor yang baru?

Banyak kali kita mendengar kisah sedih Budak Baru yang menanggung kerugian berat akibat mengambil job besar. Apabila kita masih baru dalam sesuatu jenis bisnes, berikut adalah tip-tip mengurus risiko terkayu:

.

+ Jangan ambil job besar dan mahal.

> Jika berlaku sesuatu, jika kita ditipu, ataupun jika bisnes pelanggan itu lingkup, jika dia tidak mampu membayar bill kita, maka kita akan lingkup kerana kewangan kita tidak mampu meng-absorp kerugian sebesar itu.

> Job besar memaksa kita mengeluarkan modal besar terlebih dahulu. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank. Untung belum tentu, hutang sudah tentu.

.

+ Jangan excited sangat apabila kita menerima tawaran job besar.

> Mengapakah job sebesar itu diberikan kepada Budak Baru macam kita, sedangkan modal kita kecil, dan kita belum ada track-record?

> Mengapakah job sebesar itu tidak diberikan kepada Budak Lama dalam pasaran, mereka yang sudah expert menjalankan job-job yang besar dan kompleks?

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.