Directors Resolution

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
director-resolution

[lockercat]

Apa itu Directors Resolution?

 

Istilah itu hanya digunakan apabila kita bercakap berkenaan syarikat sendirian berhad. Dalam bahasa biasa ia disebut ‘resolusi lembaga pengarah’. Katakanlah, syarikat kita mahu membeli sebuah van bagi kegunaan staff menghantar stok ke kedai-kedai runcit yang menjadi channel kita.

Van itu akan dibeli atas nama syarikat. Syarikat akan mengambil pinjaman dari syarikat kewangan bagi membelinya.
+ Kita tidak boleh pandai-pandai membuat pembelian van itu.
+ Kita wajib memberitahu semua ALP dahulu. | #absHoldings | Dapatkan persetujuan mereka dahulu.

Kemudian kita beritahu company secretary supaya menyediakan suatu dokumen yang disebut ‘resolusi lembaga pengarah’. Pada dokumen nanti semua ALP akan menurunkan tandatangan mereka tanda setuju dengan pembelian van itu. Dokumen ‘resolusi lembaga pengarah’ itu wajib diserahkan kepada syarikat kewangan. Jika tidak, permohonan pinjaman bagi pembelian van itu tidak akan diluluskan. Dari sudut audit akaun syarikat, dokumen ‘resolusi lembaga pengarah’ itu juga wajib dibuat.[/lockercat]

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.