Hadith “FATIMAH JANDA TALAK TIGA” – PERTENTANGAN ANTARA PROSEDUR KAUNSELING BARAT DAN KAUNSELING GAYA NABI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

[sociallocker]

Fatimah binti Qais melaporkan dia telah dicerai talak tiga. Nabi Muhammad memberitahu dia tidak berhak menerima rumah dan belanja hidup dari bekas suaminya.
Nabi berkata, “Apabila puan tamat tempoh iddah, beritahu saya.”
Selepas idahnya tamat, Fatimah pun memberitahu Nabi. Kemudian tiga lelaki melamarnya iaitu Muawiyah, Abu Jaham, dan Usamah bin Zaid.
Nabi berkata, “Muawiyah itu orang miskin. Abu Jaham suka memukul isteri. Sebaiknya puan terima Usamah.”
Fatimah tidak setuju. Sambil dia memulas-mulas tangannya, katanya, “Usamah?”
Nabi berkata, “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.”
Lalu Fatimah pun bernikah dengan Usamah. Menurutnya sendiri, dia menikmati kebahagiaan dengan Usamah.

————————–

PERTENTANGAN ANTARA PROSEDUR KAUNSELING BARAT DAN KAUNSELING GAYA NABI

Dalam hadith ‘Fatimah Janda Talak Tiga’ jelas dapat dilihat bagaimana Nabi Muhammad sebagai kaunselor kepada Fatimah bt Qais telah melakukan campur tangan dalam menyelesaikan masalah wanita itu.

Nabi mempengaruhi fikiran Fatimah dengan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Nabi memberitahu kepada Fatimah informasi berkenaan perangai buruk Abu Jaham yang suka memukul isteri.

2. Nabi memberitahu Fatimah bahawa Muawiyah itu seorang lelaki yang miskin.

3. Nabi menasihati Fatimah supaya memilih Usamah.

4. Apabila Fatimah tidak setuju menerima nasihat Nabi, beliau menekan Fatimah supaya ikut nasihatnya itu, yakni terima lamaran Usamah.

Dalam hadith di atas jelas sekali Nabi mengambil tugas berfikir bagi pihak Fatimah berkenaan apa yang baik untuk kaunselinya.

Dari satu sudut, Nabi sebagai kaunselor telah membuat keputusan bagi pihak Fatimah. Apabila keputusannya ditolak, Nabi kemudian menekan kaunselinya supaya patuh kepada keputusannya itu.

Beberapa aspek yang menarik dalam prosedur kaunseling Nabi adalah:

1. Nabi menasihati Fatimah supaya memilih Usamah dengan menggunakan ayat arahan. Beliau berkata: “Sebaiknya puan terima Usamah.”

2. Beliau tidak pula menerangkan mengapa Usamah adalah pilihan terbaik dibandingkan dengan Abu Jaham dan Muawiyah.

3. Semasa menekan Fatimah supaya ikut arahannya, Nabi berkata: “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.” Beliau tidak menggunakan perkataan ‘saya’ sebaliknya menyebut nama jawatannya iaitu ‘Rasul’.

4. Apabila Fatimah tidak setuju kepada nasihatnya, Nabi tidak menggunakan ayat-ayat ugutan dan ancaman sebagai tekanan. Beliau menggunakan ayat penerangan: “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.”

5. Nabi tidak membandingkan Usamah dengan Abu Jaham dan Muawiyah, dengan memberitahu Fatimah kelebihan-kelebihan yang ada pada diri Usamah.

6. Apabila Fatimah menolak nasihat Nabi, nabi membandingkan antara 2 pilihan yang ada di depan Fatimah: (a) Ikut pendapatnya sendiri ataupun (b) Ikut arahan Rasul dan Allah. Pilihan sikap yang mana yang lebih elok, mahu ikut pilihan sendiri ataupun mahu ikut pilihan Rasul. Bukan pilihan lelaki mana yang lebih elok.

Perkara-perkara yang dilakukan oleh Nabi itu sangat berbeza dan bertentangan dengan prinsip-prinsip dalam kaunseling Barat.

Dalam kaunseling Barat, kaunselor tidak diizinkan melakukan campur tangan dalam urusan kaunseli yang akan membuat keputusan. Ini adalah prinsip paling penting dalam mazhab kaunseling Barat.

Tugas kaunselor adalah membantu kaunselinya berfikir dalam proses dia mencari jalan bagaimana sebaiknya dia menyelesaikan masalahnya. Kaunselor tidak boleh memberikan pendapatnya kepada kaunseli.

Hanya kaunseli yang boleh membuat keputusan bagi pihak dirinya sendiri.

Kaunselor tidak boleh mempengaruhi keputusan kaunseli dengan memberikan pendapat dan nasihat, apatah lagi membuat keputusan bagi pihak kaunseling.

[/sociallocker]

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.