Menangani Orang Toksik / Orang Negatif

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Orang Toksik

Individu-individu yang berjaya bukan hanya tidak bergaduh dengan sesiapa pun, malah mereka itu mahir menangani orang-orang lain yang mempunyai sikap toksik terhadap mereka.

Dalam hidup ini ada banyak orang yang mempunyai perangai buruk. Mereka itulah yang disebut ‘orang toksik’.

  •  Mereka itu mempunyai sikap-sikap buruk.
  • Mereka itu melakukan perkara-perkara buruk.
  • Mereka itu suka bercakap yang buruk-buruk terhadap orang lain.

Orang biasa-biasa macam kita memang tak tahan dengan perangai buruk orang toksik.Akibat kita tak tahan dengan sikap buruk mereka, kita mungkin menanggung kesan-kesan negatif yang berpunca daripada perbuatan orang toksik itu.

Namun, golongan yang berjaya adalah terdiri daripada mereka mampu mengawal keadaan apabila diri mereka yang menjadi sasaran serangan orang-orang toksik itu.

Inilah strategi yang sebaiknya digunakan bagi menangani orang-orang toksik:

  1. Kita kawal emosi kita sendiri. Kita tidak membiarkan emosi marah ataupun benci memburukkan lagi keadaan.
  2. Kita kawal perhubungan dengan orang toksik itu. Jika perlu, kita putuskan hubungan dengan orang toksik itu secara diam-diam.
  3.  Seandainya kita terpaksa berhubung juga dengan orang toksik itu, kita berhubung dengan cara rasional, bukan dengan emosional.
  4. Kita cuba memahami duduk perkara yang sebenar yang melibatkan orang toksik itu.
  5. Biar betapa toksiknya perangai orang toksik itu, kita kawal keadaan supaya kita tidak menjadi mangsa kepada perbuatan orang toksik itu.

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.