RISIKO TIDAK AMBIL GAJI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

RISIKO TIDAK AMBIL GAJI SENDIRI.

Gaji adalah gaji. Gaji wajib dibayar. Gaji mesti dimasukkan dalam kiraan kos.
Banyak risiko tidak ambil gaji sendiri.

Tidak kiralah sama ada kita sekarang berniaga dari rumah, ataupun kita berniaga di tepi jalan, ataupun kita membuka kedai, kita mesti bayar gaji kita sendiri.

Gaji kita mesti dimasukkan dalam kiraan kos operasi, dan kos pengeluaran barang.

Banyak peniaga kecil tidak ambil kisah berkenaan gaji mereka sendiri apabila
meletakkan harga jualan.Mereka cuma kira kos bahan-bahan mentah sahaja.
Ini tidak betul. Cara begini banyak kesan negatifnya.

Apakah kesan-kesan buruknya apabila gaji kita tidak dimasukkan semasa menetapkan harga jualan?

1. Kita tidak tahu dengan tepat berapa sebenarnya kos yang ditanggung.

Apabila kita tak tahu kos yang betul, jangan-jangan kita berniaga
dengan tak buat untung langsung.

Pada masa ini kita rasa kita buat untung. Kita tak terasa yang kita
rugi sebab kita tak ambil gaji. Cuba ambil gaji, jangan-jangan kita rugi.

2. Akibat kita tak ambil gaji, kita pun tidak tahu dengan tepat
berapa sebenarnya keuntungan bersih dari hasil jualan.

Kita rasa macam kita untung, jangan-jangan kita untung cuma 10 sen!

3. Kita tidak mampu hendak mengambil pekerja bagi
mengembangkan bisnes.

Kalau diambil pekerja, harga barang kena dinaikkan.
Kita tidak sanggup menaikkan harga barang.

4. Tanpa mengambil pekerja, kita tidak dapat
hendak membesarkan bisnes kita.

5. Bisnes kita jadi melekat pada batang tubuh kita.

Jika kita demam, bisnes kita pun demam. Selama kita demam, duit tak masuk.

Oleh kerana itu, sangat penting bagi kita mengambil gaji dari perniagaan
kita sendiri kerana gaji adalah kos tetap bagi sesebuah perniagaan.

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.