Ada time frame atau jangka masa untuk jadi seorang kredibel atau yang mempunyai kelayakan?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Bagaimana nak tahu ilmu yang kita cakap ni betul? Bermakna content kena banyak. Baru menjadi. Baru tahu di mana kekuatan anda. Baru tahu betapa anda sudah punya berapa kemahiran yang boleh dilaksanakan. Kalau 1-2 posting memang tak menjadi. Masih terlalu ciput untuk dijadikan sebagai indikator. Perlu buat lebih banyak. Sebanyak yang mungkin. Ambil masa anda untuk membinanya.

Dalam facebook atau di media sosial kena tunjuk original identity kita. Biar asli dan bukan palsu. Guna nama kita sebenar, baru authentic/sohih/betul. Baru real dan menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab.

Kedua, mesti guna gambar profile yang sebenar. Kalau pemain bola, guna gambar yang main bola. Kalau pelukis, guna gambar yang tengah melukis. Kalau penulis, guna gambar yang anda seorang penulis.

Pakaian pun kena authentic. Ramai pakai kot, tapi masih enterprise. Baru kecil-kecilan saja nak berkot bagai dah. Dia akan jadi palsu. Nampak fake. Kita jangan beri gambaran palsu. Untuk kredibel, mesti berbuat demikian. Gambar jangan ubah dari identiti sebenar.

Untuk Versi Video Tonton Video di bawah.

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.