Membezakan Kos Marketing & Kos Pentadbiran Umum

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Perkara paling perlu difahami adalah kos marketing yang dibayar kepada facebook untuk tujuan pengiklanan bukanlah segala-galanya.

Malah bagi syarikat besar kos iklan berbayar di facebook ads itu mungkin peratusan kecil daripada keseluruhan kos marketing yang dibelanjakan.

Panduan umum adalah kos marketing adalah kos berkaitan yang mempunyai kaitan terus dengan penjualan produk atau servis.

Contohnya senarai kos besar melibatkan marketing adalah:

(1) Kos melibatkan promosi sales akhir tahun. Contoh menyewa tapak untuk membuka “booth” untuk tujuan sales.
(2) Gaji staff yang terlibat secara langsung dalam bidang sales.
(3) Commision yang diterima oleh promoter bagi menjual product kita.
(4) Perbelanjaan yang dituntut oleh staff kita bagi tujuan menjalankan kerja marketing dan sales, contohnya, minyak kereta, tiket parking, penginapan hotel, kos melayan pelanggan jika polisi syarikat kita membenarkan staff kita tuntut.
(5) Bil telefon sales staff kita yang ditanggung syarikat.
(6) Kos pencetakan untuk tujuan banner dan banyak lagi.

Berbeza dengan kos berkaitan pentadbiran umum adalah kos melibatkan perbelanjaan yang tiada kaitan terus dengan penjualan produk atau servis.

Contohnya adalah:

(1) Bil telefon director syarikat yang tidak terlibat dalam marketing dan sales.
(2) Kos printing yang bukan berkaitan pengiklanan.
(3) Kos menyimpan produk kita.
(4) Gaji tetap staff berkaitan pentadbiran umum.
(5) Jumlah sewa bangunan bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan banyak lagi.

Kos-kos ini walaupun tidak secara langsung mempunyai hubungan dengan kerja marketing dan sales tetapi terpaksa dipikul syarikat bagi menjalankan operasi.

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.