Exit Plan Dalam Bisnes

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
exit plan dalam bisnes kenapa penting

Apakah yang perlu dilakukan kepada bisnes kita apabila kita sudah tua?

1. Serahkan kepada anak?

2. Jual bisnes itu? 

3. Tutup macam itu sahaja?

Bagaimana pula dengan sumber kewangan peribadi kita apabila kita sudah tua?

Bagaimana dengan nasib staf bisnes kita nanti?

Pelan exit wajib disediakan untuk bisnes kita.

Apabila kita menetapkan pelan exit, kita akan pilih tahun bila kita mahu exit.

Kita perlu merancang dari sekarang exit plan yang baik.


Sebagai contoh, andainya kita mahu menjual bisnes yang ada, kita perlu ambil langkah-langkah supaya nilai bisnes itu tinggi semasa dijual nanti.

Dengan itu penjualan tersebut sangat menguntungkan kita.

Exit-plan sangat penting kerana:

1. Kita mempunyai staf. Adalah tanggungjawab kita memikirkan kebajikan mereka apabila kita sudah tidak mahu meneruskan bisnes kita.

2. Kita mungkin mempunyai hutang-hutang kepada pembekal, bank, finance dan lain-lain.

3. Selepas kita tutup bisnes, dari manakah pendapatan kita akan datang?

Kita juga mempunyai tanggungjawab moral kepada staf kita.

1. Walau apa sekalipun plan-plan bisnes kita, staf kita mestilah menjadi sebahagian daripada plan kita itu.

2. Kita akan pastikan kita sudah memiliki harta yang cukup pada tahun itu.


Banyak peniaga tidak mampu ‘bersara’ walaupun usia sudah tua. Jika mereka berhenti menjalankan bisnes, duit pun berhenti masuk.

Situasi seperti ini dapat dielakkan dari awal.

Rancang bagaimana kita akan bersara daripada menjadi pekerja kepada bisnes kita sendiri.

Pelan exit dengan sendirinya memaksa kita mengenalpasti faktor-faktor di bawah:

1. Dari mana sumber kewangan paling banyak.

2. Bagaimana wang yang diperoleh itu dapat dilipatgandakan.

Sediakan exit plan dalam bisnes supaya kita dapat bersara dengan harta yang cukup bagi membiayai gaya hidup yang kita mahu.

Adakah anda sudah mempunyai exit plan dalam bisnes anda?

Kongsikan apa exit plan anda di ruangan komen di bawah.

Ingin mendapat lebih banyak tips bisnes? Ebook Dudel Memulakan Bisnes kini dibuka untuk jualan. Klik di sini untuk mendapatkannya.   


Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.