Fenomena ‘I Am THE Business’

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Fenomena "I am the business" perlu dielakkan
Fenomena ‘I am the business’ atau fenomena ‘sayalah bisnes saya’ banyak berlaku di sekeliling kita.

Dalam fenomena ini, si towkay adalah seluruh kekuatan bisnesnya. Bisnes itu kuat disebabkan towkay itu kuat.

Bisnes itu wujud disebabkan si towkay itu wujud. Apabila si towkay tidak wujud lagi, bisnes itu pun tidak wujud lagi.

Contoh yang paling mudah adalah bisnes yang dimiliki oleh artis-artis yang modal utama bisnes itu adalah populariti mereka.

Namun dalam kalangan bukan-artis pun fenomena ini banyak berlaku.

Apabila diri kita menjadi bisnes kita, akibatnya 100% nasib bisnes kita melekat pada badan kita.

Selagi kita sihat, bisnes kita sihat. Apabila kita demam, bisnes kita pun ikut deman.

Dalam situasi ‘sayalah bisnes saya’, kebijaksanaan kita menjadi kebijaksanaan syarikat kita.

Situasi yang sebaliknya juga berlaku. Kebodohan kita menjadi kebodohan syarikat kita.

Kita perlu mengelakkan daripada menjadi sinonimus dengan bisnes kita. ia menyebabkan nasib bisnes kita seumpama telur di hujung tanduk.

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya fenomena sayalah bisnes saya:

 

  1. Tiada ahli keluarga dalam lembaga pengarah syarikat.
  2. ALP terdiri daripada individu-individu profesional.
  3. Melantik golongan profesional sahaja dalam tim peneraju syarikat.
  4. Saham syarikat dimiliki oleh banyak individu.
  5. Pengurusan syarikat dijalankan berlandaskan amalan dan budaya persyarikatan.

 

 

 

 

fenomena bisnes

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.