Personal Branding: Patuhi Perkara Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
personal-branding-ainon

Personal-branding yang ideal dalam media sosial adalah menjadikan nama kita sebagai nama yang menimbulkan kepercayaan.

Nama kita semestinya membangkitkan kepercayaan friends & followers kita. Perkara ini sangat penting dalam melakukan kerja-kerja personal-branding.

Kepercayaan adalah sesuatu yang spesifik.

Tidak ada kepercayaan yang bersifat umum. Maksudnya, tidak mungkin kita dapat mempercayai segala-gala apa yang diperkatakan oleh seseorang itu.

Kalau ada doktor mata mula menulis berkenaan cara-cara merawat penyakit mental, memang kita tidak percaya!

Selepas berkenalan di dunia realiti, dan selepas mereka mempercayai kita barulah mereka berani menjalin hubungan bisnes dengan kita.

Bagi membina personal branding, ada beberapa perkara yang mesti kita patuhi agar dapat membuat personal branding yang berkesan.

1. Positioning

Apabila menjalankan kerja-kerja personal-branding dalam media sosial, pilih 1 sahaja positioning.

Dalam dunia bola sepak, ada ramai pemain bola yang mempunyai posisi berbeza seperti goalkeeper, striker, midfield dan defender. Apabila kita sebut nama seorang pemain sahaja, kita sudah tahu apa posisi beliau.

Kita mahu dikenali sebagai businessman apa? Pilih 1 sahaja jawapan. Kemudian, tulis posting yang relevan dengan positioning itu.

Imej kita dalam FB tidak boleh menjadi separuh belut separuh ular, bak kata pepatah Melayu.

Sekejap tulis posting macam kita orang bisnes. Sekejap tulis posting macam kita alim ulamak. Sekejap tulis posting macam kita pakar motivasi.

2. Menjaga nama baik

Kita perlu melayan diri kita sendiri sebagai sebuah brand.

Brand adalah sumber duit. Brand kena dijaga baik-baik. Diri kita adalah sumber duit.

Kita kena jaga nama baik kita, maklumlah diri kita ini adalah sebuah brand.

Kita orang bisnes. Jangan main syok sendiri apabila menulis posting dan menge-post gambar-gambar peribadi.

Tulis posting-posting yang membantu perkara-perkara di bawah ini:

1. Orang yang membaca posting nampak kita sebagai orang yang baik akhlaknya.
2. Tampilkan diri kita sebagai orang yang mengamalkan budi bahasa yang baik. Tulis posting dengan menggunakan gaya bahasa yang halus dan baik.
3. Post gambar-gambar yang menunjukkan kita melakukan aktiviti sosial yang baik.

3. Berhati-hati dengan apa yang ditulis dalam posting.

Mungkin berlaku, kita sangka kita sedang membina gambaran positif tentang peribadi kita, rupa-rupanya orang yang membaca nampak yang sebaliknya.

Sebagai contoh, kita menulis ayat ini: “Saya sedih kerana difitnah.”

Kita sangka dengan menulis ayat macam itu kita sedang menerangkan kepada dunia bahawa kita adalah seorang yang baik, yang sedang menjadi mangsa perbuatan jahat orang lain. Jadi, jangan percaya kalau terdengar cerita yang tak baik tentang diri kita.

Rupa-rupanya, dengan menulis ayat “Saya sedih kerana difitnah.” orang yang membaca tahu bahawa kita seorang kaki gaduh!

Perangai orang kaki gaduh, apabila dirinya difitnah, habis satu alam dia beritahu!

Perangai orang baik-baik, apabila dirinya difitnah, dia diam sahaja.

4. Berhenti menyindir dan perli

Kita orang bisnes, jangan menyindir ataupun memerli sesiapa dalam posting kita.

Kita tidak boleh menyindir ataupun memerli orang politik, ulamak, pegawai kerajaan, ahli sukan, artis, business partners, businessman lain, pelabur, pembekal, pembeli, pelanggan, pekerja sendiri…. sesiapa sahaja.

Orang bisnes sangat menjaga social beauty mereka.

Perbuatan menyindir dan memerli orang dalam posting kita merosakkan personal branding kita sendiri.

Apabila kita mahu menjalankan marketing dengan menggunakan media social, kita perlu memisahkan akaun bisnes daripada akaun peribadi.

Akaun bisnes digunakan untuk tujuan bisnes sahaja.

Apabila mahu memberitahu berita-berita peribadi kepada ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan, gunakan grup-grup wassap. Cara itu lebih efektif.

Kita juga tidak boleh berfikir macam orang biasa apabila mengepost foto-foto dan menulis posting. Kita mesti berfikir sebagai orang bisnes.

Sebagai contoh, orang bisnes berkawan dengan semua orang dalam akaun media sosial mereka. Mereka rahsiakan dengan siapa mereka tak sehaluan.

Selaras dengan prinsip itu orang bisnes tidak memerli dan menyindir sesiapa dalam posting mereka.

Dalam alam realiti kita mungkin tidak berkawan dengan beberapa pihak, namun dalam media sosial kita langsung tidak mendedahkan perkara itu.

Tinggalkan Komen

FOLLOW KAMI

popular

Subscribe

Dapatkan info terkini AinonMohd.my. Join Telegram Puan Ainon. Klik butang di bawah.