30 idea bisnes

30 Idea Bisnes Pertama Yang Anda Boleh Mulakan Pada Hari Ini

Masuk alam bisnes ni biasanya kita mula secara seorang diri, ataupun “freelance”. Kita mencari rezeki dengan bekerja sorang-sorang. Kitalah towkay. Kitalah kuli.

Ada jenis bisnes yang cepat dapat duit, ada yang lambat. Bisnes pertama yang ideal adalah bisnes yang cepat dapat duit bagi menampung keperluan harian. Buat simpanan, supaya kita ada modal bagi memulakan bisnes kedua.

Bak kata Puan guru Ainon Mohd, bisnes pertama yang ideal adalah menjual servis kepada klien jenis orang berduit. Pilih bisnes servis yang kita sendiri dapat melakukan servis itu. Servis itu tidak menggunakan peralatan mahal. Skil servis itu mudah dipelajari melalui online, atau kelas dan seminar. Yuran belajar servis itu murah.

Servis itu mudah dijual kepada klien berduit. Bisnes pertama yang mudah dimulakan adalah jenis servis kerana modalnya hanyalah kita.

Dalam artikel ini saya kongsikan 30 idea bisnes pertama. Jika anda mencari peluang perniagaan, bacaan ini untuk anda.

1.Dropship

 

Buat dropship ni antara bisnes yang bagus untuk orang baru nk berjinak dgn bisnes. Model bisnes dropship ni mudah. Anda kutip order, pelanggan bank in kepada anda harga jualan, anda bank in ke HQ harga agen, margin untung bersih itu anda simpan, HQ post barang ke pelanggan. Jadi anda tak perlu pegang produk pun. Hanya kutip order saja. Kebanyakan produk sekarang mencari agen dropship. Mereka dah sediakan panduan marketing, info produk, dan task-task supaya anda tak ketinggalan dan boleh buat jualan.

2. Jual course online

 

Anda pandai masak ? Atau pandai melukis dan design ? Apa pun skil yang anda pakar, anda boleh ajarkan kepada orang lain. Bukan bermakna anda pergi dari rumah ke rumah atau berjumpa dengan pelanggan anda, tapi anda jadikan skil anda tu sebagai course atau kelas dalam bentuk video yang boleh dijual secara online. Anda boleh jual di laman web seperti Udemy , Teachable, Thinkific dan macam lagi.

Contohnya macam MasterClass. Mereka menjual course yang di ajar oleh pakar seperti kelas masak yang di ajar oleh Chef Gordan Ramsay , kelas berlakon yang di ajar pelakon terkenal Samuel Jackson , kelas bola keranjang yang di ajar atlet NBA , Stephen Curry, dan macam lagi.

Anda tak perlu jadi yang paling terbaik dalam industri anda, cukup sekadar anda ada skil yang boleh di ajarkan kepada orang lain pun mencukupi.

3. Jual makanan frozen

 

Anda boleh jual makanan frozen seperti dim sum, nugget, kuih muih, dan sebagainya tanpa perlu buat pun makanan tersebut.

Banyak kilang mengeluarkan makanan frozen untuk dibekalkan kepada kedai runcit dan kedai tempatan. Anda boleh beli terus dari kilang ini dan menjualnya dirumah. Untuk permulaan anda boleh jual kepada kawan dan orang terdekat dulu, post di group fb, whatsapp, dll.

4. Mulakan blog

 

Kalau anda jenis yang suka menulis, anda boleh mulakan blog sendiri. Anda tidak untung terus bila baru mula buat blog.

Blogging ni makan masa. Tapi kalau anda komited dengan bisnes ini, anda boleh buat duit untuk jangka masa yang panjang.

Anda mula dengan menulis artikel yang anda minat dulu, mungkin pasal fesyen, tentang masakan, tentang resipi kuih, tips jaga kulit muka, atau apa saja.

Mulakan blog anda dengan beberapa artikel, bina audience anda, dan bila pengikut anda dah capai beberapa ratus atau ribu, anda boleh tawarkan benda seperti kelas masak anda , ebook resipi ke, kraf tangan hasil anda sendiri, dan macam lagi.

5. Menjual ebook

 

Kalau anda tak suka nak buat blog, tapi ada skil yang mampu bermanfaat kepada orang lain, anda boleh buat ebook anda sendiri. Contohnya resipi masakan, atau cara solat dengan sempurna, atau cara menjahit baju, dan lain-lain.

Ebook tersebut anda boleh buat iklan dan jual di group-group whatsApp, group FB, atau cuba jual di laman web klikjer.com .

6. Jual barang terpakai

 

Rasa baju dekat rumah tu dah berlonggok? Dahla tak pakai dah sebab dah kecil, kita pula baru guna sekali dua. Jadi baik lah kalau kita jual baju atau barang kita itu tadi.

Barang-barang tersebut anda boleh buat iklan dan jual di group-group whatsApp, group FB, atau cuba jual di laman web seperti mudah, lelong, atau corousel.

7. Servis cuci kereta

 

Untuk idea bisnes ini, modal yang anda perlukan hanyalah sponge, kain, baldi, dan sabun kereta.

Anda boleh datang ke rumah pelanggan dan cuci kereta mereka. Air guna air dekat rumah pelanggan, anda hanya perlu sediakan alat untuk mencuci saja.

Bila dah untung sikit, anda boleh tawarkan servis seperti vacuum, interior cleaning, dan macam lagi.

Kebanyakan orang sekarang malas nak pergi cuci kereta sebab makan masa dan jauh dari rumah, sangat leceh. Jadi kalau anda tawarkan servis ini, tentu ada yang nak sebab anda dah mudahkan urusan mereka.

 

bisnes car wash

 

8. Servis jaga haiwan peliharaan

 

Ada setengah orang, bila pergi bercuti, mereka perlukan orang untuk menjaga haiwan peliharaan mereka. Jadi anda boleh tawarkan servis anda dan jaga kucing mereka untuk beberapa hari sementara mereka pergi bercuti.

Kan best tu? Jaga kucing pun boleh buat bisnes.

 

9. Servis marketing

 

Kalau anda ada skil untuk membuat iklan online anda boleh tolong buatkan marketing produk pelanggan anda.

Mungkin anda biasa dengan FB Ads atau Google Ads, jadi anda boleh bantu orang menjual produk mereka secara online.

Kalau mereka tak percaya dengan anda , anda boleh buat sesi percubaan dulu, dimana mereka hanya bayar duit ads saja, servis anda percuma, dan selepas tempoh percubaan itu mereka berpuas hati, baru mereka bayar anda.

 

10. Penulis content

 

Kebanyakan bisnes sekarang ada page mereka sendiri, ada media sosial, dan ada laman web mereka sendiri.

Tapi tak ramai yang konsisten menulis dan membuat content kerana sibuk menjual produk mereka.

Jadi anda boleh bantu mereka menyusun dan membuat content untuk bisnes mereka. Mungkin menulis posting harian, mungkin update media sosial, ataupun bantu menyusun artikel di laman web mereka.

 

11. Menyewa equipment

 

Jika anda ada banyak equipment seperti kamera, tripod, lighting, audio system, dan sebagainya, anda boleh menyewa alat tersebut.

Kebanyakan equipment ni diperlukan untuk satu dua majlis sahaja. Jadi mereka tak beli sebab akan terbazir. Jadi anda boleh buat bisnes menyewa equipment tersebut.

Untuk mengelakkan kecurian , anda boleh sediakan borang persetujuan dan buat polisi anda sendiri.

 

12. Jadi runner

 

Runner ni contohnya macam Food Panda dan Grab Food dimana anda menghantar makanan kepada pelanggan.

Kalau anda tahu selok belok jalan dan mahir bawa motosikal, kerja ni sesuai sangat dengan anda.

Kerja anda hanya tunggu pesanan, hantar makanan dan kutip upah.

Mungkin untung bisnes tu anda boleh simpan untuk dijadikan modal untuk bisnes seterusnya.

 

13. Jurugambar majlis

 

Sekarang ni hampir setiap majlis memerlukan jurugambar untuk mengambil gambar waktu majlis mereka.

Antaranya majlis kahwin, majlis hari jadi, majlis aqiqah, majlis reunion, atau majlis koprat.

Kalau anda ada skil mengambil gambar dan reti edit sikit, anda sudah layak untuk buat bisnes ini.

Kalau anda rasa tak pandai sangat, anda boleh sertai kelas-kelas ambil gambar untuk tingkatkan lagi skil anda.

14. Servis cuci dan lipat baju

 

Setengah orang tak ada pembantu rumah. Mereka sibuk dengan kerja dan tak sempat nak uruskan benda-benda leceh seperti cuci dan lipat baju ni.

Nak jemur lagi, tunggu kering, nak lipat, gosok lagi.

Anda boleh tawarkan servis pergi ke rumah mereka dan uruskan baju mereka, atau mereka tinggalkan baju di luar rumah dan anda kutip dan hantar balik. Ikut kesesuaian anda.

15. Jadi ghost writer

 

Ghost writer ni orang yang tuliskan buku untuk orang-orang yang nak buat buku.

Kebanyakan mereka ni terdiri dari usahawan berjaya, tokoh atau leader dalam industri yang mereka terajui. Mereka banyak ilmu, tapi perlukan penulis untuk tuliskan buku mereka.

Kalau anda reti menulis, anda boleh approach tokoh-tokoh ini dan tanya jika ada peluang untuk anda bantu mereka.

========== IKLAN ==========
 
Sekiranya tuan dan puan bercadang mahu memulakan perniagaan, kami sarankan tuan dan puan membuat sedikit pelaburan untuk membeli himpunan nasihat ‘Memulakan Bisnes’ dari Puan Ainon Mohd.
 
Konten ini disediakan dalam bentuk dudel dan diiringi lebih 50 video eksklusif menerangkan tentang konten yang diberikan.

Klik sini untuk lebih banyak tips bisnes

memulakan bisnes

16. Servis copywriting

 

Copywriting atau kata lain menulis iklan sangat diperlukan lagi-lagi oleh bisnes yang banyak buat iklan online.

Menulis iklan tak sama dengan menulis artikel. Penulisan iklan bertujuan untuk menarik perhatian orang dan memberi keyakinan kepadanya untuk beli dengan kita. Struktur penulisan iklan pun ada langkah-langkah dan elemennya.

Jika anda ada skil atau kepakaran dalam menulis iklan, sangat mudah untuk anda dapat job dari bisnes-bisnes tersebut.

17. Servis design

 

Idea bisnes ini sesuai untuk anda jika anda seorang yang kreatif. Design ni luas, dari design kad kahwin, sampai la design banner. Secara umumnya, anda boleh dapat job design dari pelbagai industri.

Anda boleh buatkan logo, poster, post media sosial, dan macam-macam lagi.

Paling mudah yang anda boleh mulakan ialah design kad kahwin ataupun banner majlis.

18. Servis gunting rambut

 

Untuk permulaan, anda tak perlu nak buka kedai atau beli alatan mahal-mahal untuk buat servis gunting rambut.

Daripada pelanggan datang ke kedai dan habiskan masa berpuluh minit menunggu gilirannya, apa kata anda sendiri yang datang ke rumah mereka untuk gunting rambut.

Mereka jimat masa, tak perlu pergi ke kedai, cukuplah dengan membuat panggilan dan tunggu anda datang.

 

bisnes gunting rambut

 

19. Tukang urut

 

Ramai orang tak tahu manfaat mengurut ni. Mereka ingat bila dah tua-tua ni je baru pergi mengurut. Kalau anda pandai urut, anda boleh buat servis datang ke rumah mereka.

Setelah hari yang panjang dan memenatkan di tempat kerja, eloklah kalau kita lenggangkan otot, segarkan badan, dan buang angin dalam badan dengan urutan dari anda.

20. Servis bersihkan rumah

 

Ada setengah orang tak mampu nak upah orang gaji tetap, dan sangat sibuk dengan kerja.

Untuk orang yang ada masalah ini, anda boleh tawarkan khidmat bersihkan rumah. Anda boleh cas mereka ikut jam, kerja yang dilakukan, mingguan, ataupun bulanan, dengan kadar yang lebih rendah berbanding upah orang gaji tetap.

Servis ini tak memerlukan skil yang susah pun. Hanya asas saja seperti kemaskan bilik, sapu dan mop lantai, cuci baju, dan buang habuk.

21. Menjadi agen affiliate

 

Agen affliate ni secara asasnya anda promote produk orang lain menggunakan link khas anda.

Sabagai contoh, anda jadi affliate produk kurus ABC. Untuk membeli, pelanggan harus pergi ke link produk itu untuk buat bayaran.

Kalau anda daftar menjadi agen mereka, mereka akan berikan link produk mereka khas untuk anda. Jadi jika ada pelanggan yang tekan link anda itu, komisyen anda yang dapat.

22. Ajar mengaji

 

Anda boleh datang ke rumah pelanggan dan ajar mereka atau anak-anak mereka untuk baca al-quran.

Untuk ibu bapa tak ada masa nak hantar anak mereka kepada kelas quran, ini sangat sesuai.

23. Servis membuat resume

 

Resume ni penting untuk penampilan diri untuk tempat yang bakal kita kerja. Namun tak ramai yang reti buat resume yang efektif dan berguna.

24. Mengurus media sosial

 

Zaman sekarang hampir semua bisnes ada media sosial. Mereka buat marketing melalui media sosial, interaksi dengan pelanggan dengan media sosial dan bina audience bisnes mereka.

Anda boleh tawarkan servis mengendalikan media sosial dengan harga yang lebih rendah berbanding mereka upah agensi marketing.

25. Servis buat website

 

Website ni ibarat kad bisnes moden sekarang ni. Semestinya mereka perlukan website yang lawa dan mesra pelanggan.

Anda boleh tawarkan servis membuat website dengan harga yang lebih rendah berbanding mereka upah agensi marketing.

26. Jual aiskrim

 

Idea bisnes makanan ini sangat sesuai memandangkan sekarang musim panas. Malah, ia adalah bisnes modal kecil.

Anda hanya perlukan ice box, dan beli ais krim secara borong di kedai runcit dengan harga yang murah. Isikan kotak ais dengan ais, dan anda boleh mula jual di tempat-tempat yang ramai orang. Contohnya di tepi pantai, di taman permainan, ataupun tempat berkelah.

 

 

27. Servis alter pakaian

 

Pernah tak kita beli seluar atau baju, dan saiznya lebih sikit, ataupun tak berapa padan.

Anda boleh tawarkan servis alter pakaian mereka itu , dan betulkan untuk memastikan pakaian mereka muat dan sempurna di badan.

28. Menulis transkrip

 

Ada setengah bisnes, yang banyak repurpose content. Contohnya daripada video live, kepada artikel, ataupun daripada rakaman audio, kepada post media sosial.

Anda boleh bantu jadikan video mereka tu tadi, atau rakaman live mereka tu, kepada penulisan seperti artikel.

29. Pemandu peribadi

 

Mungkin anda berniat nak mulakan bisnes pemandu peribadi di mana mereka boleh upah seseorang untuk memandu mereka ke tempat kerja.

Untuk permulaan ni, anda boleh mulakan dulu dengan orang terdekat seperti kawan atau kaum keluarga. Ataupun mula dengan jadi pemandu Grab sebagai latihan dan persediaan untuk mulakan bisnes anda itu.

Setengah orang tak selesa nak Grab sebab mereka tak kenal pemandu dan tak suka naik kereta orang.

Jadi anda boleh jadi pemandu peribadi mereka. Mereka dah kenal anda, dan mereka boleh naik kereta sendiri.

30. Servis doorgift

 

Anda boleh buat sendiri doorgift, ataupun tempah di kedai borong. Doorgift ni bukan untuk majlis kahwin je, boleh jadi majlis hari jadi, majlis tahlil, perjumpaan reunion, dan macam lagi.

Doorgift anda boleh jadi dalam bentuk makanan, kraf tangan, gula-gula, ataupun kek.

Banyak lagi idea bisnes di luar sana yang anda boleh cuba. Kalau anda nak mula bisnes, jangan fikir produk atau servis, fikirkan masalah untuk diselesaikan.

Kalau anda dapat kenalpasti masalah yang dihadapi oleh sesebuah golongan atau market , anda boleh buat bisnes dengan bantu selesaikan masalah market tersebut.

Sekiranya anda rasa ilmu dan skil anda tidak cukup dan perlu diasah lagi, anda boleh hadiri kelas-kelas atau seminar untuk belajar lagi tentang ilmu skil itu.

========== IKLAN ==========
 
Sekiranya tuan dan puan bercadang mahu memulakan perniagaan, kami sarankan tuan dan puan membuat sedikit pelaburan untuk membeli himpunan nasihat ‘Memulakan Bisnes’ dari Puan Ainon Mohd.
 
Konten ini disediakan dalam bentuk dudel dan diiringi lebih 50 video eksklusif menerangkan tentang konten yang diberikan.

Ingin mendapat lebih banyak tips bisnes? Klik di bawah.

memulakan bisnes

  •  
    3.9K
    Shares
  • 3.9K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *