Budaya Persatuan LAWAN Budaya Syarikat Perniagaan

Orang Melayu mempunyai tradisi berpersatuan yang kuat. Mereka sudah berpersatuan sejak sebelum merdeka.

Parti politik adalah sejenis ‘persatuan’. Semua persatuan dan parti politik dikawal di bawah Akta Pertubuhan.

Jadi pengaruh budaya kerja dalam persatuan adalah sangat kuat dalam minda orang Melayu.

.
Orang Melayu suka bercakap, berbincang, dan bermesyuarat.

Budaya kerja persatuan memberi tempat kepada golongan yang berani bercakap, berani mengemukakan pendapat, berani ke depan dan berucap.

Persatuan bekerja menggunakan sesi perbincangan dalam mesyuarat. Keputusan dibuat menggunakan proses undian.

.
Syarikat bukan persatuan. Syarikat dikawal di bawah Akta Syarikat.

Budaya kerja bersyarikat adalah perkara yang masih baru dalam masyarakat Melayu.

Dalam kalangan orang Melayu yang sudah lama berniaga pun, banyak yang tidak mempunyai syarikat. Mereka menggunakan lesen ‘enterprise’ sahaja.

Jadi, kefahaman tentang budaya dan mindset bekerja dalam syarikat masih lemah dalam sanubari orang Melayu.

Apabila mereka bekerja dalam syarikat, tingkah laku mereka macam tingkah laku orang bekerja dalam persatuan.
.

Apabila memilih calon staff untuk syarikat kita, elakkan mengambil calon yang kuat berpersatuan.

Mereka cenderung terbawa-bawa budaya kerja dalam persatuan.

1. Mereka suka bercakap-cakap, mengulas-ulas isu, banyak berpendapat, suka berhujah.

2. Mereka percaya semua orang mempunyai hak bersuara secara demokrasi. Mereka mahu pendapatnya didengar oleh majikan. Dalam syarikat tidak ada demokrasi.

3. Mereka mahu membincangkan semua perkara supaya ada persetujuan bersama. Syarikat digerakkan menggunakan arahan kuasa eksekutif majikan, bukan dengan kuasa suara terbanyak.

4. Mereka hanya mahu menyokong perkara yang mereka bersetuju. Dalam syarikat wajib mematuhi sistem dan SOP, walaupun tidak setuju, sistem dan SOP tetap wajib patuhi.

5. Mereka tidak terdorong oleh target dan KPI. Dalam persatuan tidak ada hukuman dan ganjaran berdasarkan target dan KPI. Dalam syarikat, tidak mencapai target dan KPI sudah layak dibuang kerja.

  •  
    3
    Shares
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *