Kenapa bisnes yang banyak jualan tetapi tak cukup duit?

Antara masalah pengusaha dan pengurus bisnes adalah jualan banyak setiap bulan tetapi duit masih tidak cukup membayar kos-kos bisnes yang lain. Berikut antara sebab dan situasi kenapa keadaan itu berlaku:

 

 

1. Salah kira margin untung dalam jualan

 

Semasa kita memulakan bisnes, kos-kos bisnes tidak banyak. Maka kita lihat margin untung kita besar.

 

Sebaliknya, selepas mengembangkan bisnes, margin untung bisnes semakin kecil. Banyak keadaan, pemilik bisnes tak sedar yang margin sudah negatif.

 

Apa itu margin untung? Peratus keuntungan dari jumlah jualan. Jika untung RM10 dan nilai jualan RM100, margin untung ialah 10%.

 

( RM10 / RM100 ) x 100 = 10%

 

Contohnya, semasa bisnes di rumah, kita hanya ada kos atas gaji sendiri dan beberapa kos bisnes yang asas.. Tiada kos sewa pejabat, tiada kos utiliti seperti elektrik, air dan internet, tiada kos pekerja seperti gaji pekerja, KWSP, Socso dan SIP, tiada kos pengurusan pematuhan perniagaan seperti audit bagi Sdn Bhd dan laporan kewangan enterprise.

 

Katakan, pada waktu itu, kos operasi ialah 15% dan kos marketing ialah 30%. Katakan juga kos produk ialah 30% dari margin. Setelah tolak semua, margin untung masih berbaki 25%.

 

100% – 30% – 30% – 15% = 25%

 

Sebaliknya, apabila bisnes berkembang, kos operasi sudah jadi 30%, kos marketing sudah jadi 40%. Dua ini sahaja menjadikan jumlahnya ialah 70%. Akhirnya, margin untung tinggal 0% selepas tolak kos produk 30%.

 

100% – 30% – 40% – 30% = 0%

 

Ini belum dikira kos-kos lain yang datang kemudian seperti bayaran cukai pada hujung tahun.

 

Jadi, semakin banyak jualan, bisnes semakin rugi, tiada lebihan wang yang menjadi untung. Bayangkan pula jika kiraan tadi menjadi negatif.

 

Katakan -10%, maka setiap bulan rugi 10%. Jika jualan sebulan RM50,000, maka setiap bulan rugi RM5,000. Jika 10 bulan bisnes itu beroperasi, jumlah kerugian menjadi RM50,000 walaupun dalam laporan mencatatkan jualan sebanyak RM500,000.

Klik sini untuk belajar kira-kira bisnes dengan betul.

2. Tidak tahu jumlah breakeven dalam jualan

 

Jumlah breakeven dalam jualan adalah jumlah jualan yang perlu dibuat supaya bisnes capai titik pulang modal. Selepas capai jumlah jualan ini, barulah bisnes mencatatkan untung.

 

Biasanya dalam laporan kewangan, selepas tolak cost of sales, barulah menghasilkan nombor gross profit.. Nombor gross profit ini mestilah sama dengan jumlah kos operasi bulanan supaya kita pulang modal.

 

Apakah kos operasi bulanan? Bayaran tetap seperti gaji, sewa pejabat, utiliti.

 

Apakah cost of sales? Kos-kos seperti kos menghasilkan produk, kos iklan mendapatkan pelanggan, kos marketing untuk branding, kos penghantaran seperti pos laju. Kos ini semua dianggap kos mendapatkan jualan.

 

Katakan kos operasi kita sebulan ialah RM10,000, maka gross profit mestilah RM10,000 juga.

 

Bagaimana mahu tahu jumlah breakeven? Mesti tahu jumlah margin bagi gross profit. Katakan jumlah ialah 30%.

 

( RM10,000 / 30 ) x 100 = RM33,333.33

 

Itulah jumlah jualan untuk capai jualan breakeven atau pulang modal.

 

 

3. Salah urus aliran tunai

 

Ada bisnes mencatatkan untung tetapi kesilap mengurus aliran tunai menyebabkan bisnes tiada duit pada hujung bulan untuk membayar kos operasi atau bayaran dan hutang kepada pembekal.

 

Contohnya, setiap hujung bulan, perlukan RM10,000 untuk kos operasi. Kemudian, dalam akaun bisnes hanya ada RM15,000.

 

Tiba-tiba, kita buat restock RM10,000 pada hujung bulan. Setelah restock, wang dalam akaun bisnes tinggal RM5,000 sahaja.

 

Bukan kerana tidak boleh bayar kos operasi tetapi kesilapan mengurus aliran tunai.

 

 

4. Kebocoran wang bisnes pada kos yang boleh dioptimumkan.

 

Ada beberapa keadaan, sebenarnya kos itu boleh dioptimumkan. Optimumkan kos bukan sekadar menurunkan kos tetapi dengan kos yang sama, dapat menghasilkan nilai yang dimahukan atau lebih baik.

 

Contohnya, kos internet RM300, boleh diturunkan kepada RM129. Contohnya, kos penghantaran RM12 untuk sekilogram, boleh diturunkan kepada RM6.90 untuk 3 kilogram.

 

Contoh pertama, kos diturunkan dan masih mendapat nilai servis internet yang sama. Contoh kedua, kos diturunkan tetapi mendapat nilai yang lebih dari biasa.

 

Kesan kepada keadaan begini, ia secara langusng menguranhkan margin untung bisnes. Sebaiknya, semak semula setiap kos bisnes, optimumkan sebaik mungkin.

 

Ingin belajar kira-kira bisnes dengan betul?

kira-kos
  •  
    4.3K
    Shares
  • 4.3K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

3 thoughts on “Kenapa bisnes yang banyak jualan tetapi tak cukup duit?”

  1. Bagus untuk pengetahuan orang yang baru nak mula bisnes….semoga yang membaca artikel ini dapat belajar Dan bermanfaat untuk yang ingin berjaya dalam berniaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *