Mana Lebih Penting: Analisa atau Siapkan Laporan Kewangan

Kemampuan membaca “financial report” dan membuat analisa untuk diterjemahkan kepada keputusan bisnes adalah penting bagi seorang manager atau CEO syarikat.

Ini kerana tugas manager atau CEO membuat keputusan penting mengenai perjalanan operasi bisnes dan fasa perkembangan bisnes.

Kemahiran untuk memahami penyata kewangan dan bedah siasat prestasi syarikat sebenarnya tidak memerlukan kita sijil degree atau diploma dalam perakaunan.

Jika ada kelayakan akademik tentang perakaunan adalah satu bonus.

Walaupun bisnes owner mungkin tidak tahu sistem “double entry” dalam perakaunan “debit dan kredit” tetapi kemahiran memahami dan menganalisa penyata kewangan adalah wajib.

Cukup sekadar asasnya sahaja, dan jika mahu lebih fahaman , barulah CEO atau manager merujuk kepada khidmat profesional seperti pakar akauntan.

Namun begitu bukan semua akauntan yang menyiapkan laporan kewangan itu mampu membuat analisa bisnes dengan baik.

 

Lebih-lebih lagi jika akauntan itu kurang kefahaman tentang “nature of business” syarikat kita yang kita lebih tahu.

 

Hal ini kerana kemahiran membaca dan menganalisa untuk membuat sesuatu keputusan tentang perkembangan bisnes kita adalah satu cabang kemahiran yang berbeza.

Oleh itu jika kita perlu bantuan tambahan tentang membuat keputusan selepas memahami laporan kewangan kita perlulah rujuk kepada orang pakar Industri ataupun “bisnes advisor” yang berpengalaman.

  •  
    3
    Shares
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *