memulakan bisnes

Memulakan Perniagaan Pertama

Perniagaan atau bisnes adalah sebuah perjalanan yang bukan mudah. Ianya adalah sebuah maraton. Statistik menunjukkan 9 daripada 10 perniagaan gagal. Salah satu faktornya ialah mereka tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu cara memulakan perniagaan dengan betul

Maka, sebuah bisnes mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk gagal. Jangan mempunyai harapan bahawa bisnes pertama kita akan terus berjaya.

Dalam artikel ini, kami akan share bagaimana cara memulakan perniagaan dengan betul.

Pertama sekali, jangan memulakan bisnes pertama yang mempunyai ciri-ciri ini:

1. Memerlukan premis atau sewa kedai.

Sebuah bisnes tidak semestinya perlukan kedai untuk beroperasi. Hari ini, kita boleh mula berniaga dari rumah atau di mana-mana sahaja. Perniagaan dari rumah berisiko rendah kerana kita tidak perlu membayar sewa kedai, deposit dan kos renovasi untuk bermula.

Sebagai contoh, bisnes online yang hanya memerlukan kita untuk ada website atau Facebook Page sebagai ‘kedai’ dalam dunia online. Mereka boleh klik sahaja untuk lihat produk atau servis yang ada. Lebih baik, kita laburkan wang untuk sewa kedai tadi untuk pemasaran seperti Facebook Ads dan Google Ads.

2. Memerlukan pinjaman wang tunai sebagai modal.

Mark Cuban, seorang billionaire pernah berkata, “Only morons start a business on a loan.”

Ramai yang menyangka sebuah bisnes perlukan modal besar untuk bermula lalu pinjam duit RM50K hingga ke RM100K. Ini semua tidak benar. Sebuah bisnes boleh bermula dengan modal yang kecil.

Sebagai contoh, menjadi dropship atau agen produk atau membuat servis di kawasan sekitar.

3. Memerlukan tempoh yang panjang sebelum membuat keuntungan.

Jalankan bisnes secara tunai. Jangan buat perniagaan secara kredit di mana pelanggan boleh berhutang dengan kita. Perniagaan seperti ini sangat berisiko kerana kadang kala pelanggan tidak membayar ikut jadual tempoh kredit dengan perlu dikejar-kejar bagi mendapatkan bayaran.

Kita perlu tunggu tempoh yang lama untuk rolling. Malah, kadang kala, kos untuk mengutip hutang lebih mahal daripada jumlah hutang itu sendiri.

Memilih bisnes pertama dalam bidang servis.

1. Pilih bisnes servis yang kita sendiri boleh melakukan servis itu.

Jangan mulakan bisnes servis yang memerlukan pekerja. Bisnes servis itu mestilah boleh berdiri sendiri walaupun hanya ada kita untuk beroperasi. Bayangkan jika pekerja kita meninggalkan kita, siapa lagi yang ada untuk buat servis itu? Jika pekerja tiada, bisnes pun tutup.

2. Servis itu tidak memerlukan peralatan yang mahal.

Kemungkinan untuk bisnes pertama gagal adalah sangat tinggi. Jangan terus laburkan dengan membeli peralatan mahal kerana jika bisnes gagal, akhirnya peralatan tu tidak berguna lagi.

Dapatkan pelanggan dahulu, kemudian baru sewa peralatan itu.

Contoh servis yang tidak memerlukan peralatan yang mahal ialah servis cuci karpet, servis potong rumput, servis air cond, servis gunting rambut dan sebagainya.

3. Skill servis itu mudah dipelajari.

Skill itu tidak memerlukan masa yang lama untuk dipelajari. Pada hari ini, ada banyak sumber untuk kita pelajari sesuatu skill seperti Youtube, Udemy, Teachable dan sebagainya. Kita tidak perlu melaburkan duit yang banyak semata-mata untuk belajar skil itu.

Memilih produk yang ideal untuk bisnes pertama.

1. Pilih produk keperluan dan bukan produk kehendak.

Produk keperluan ialah produk yang cepat habis kerana setiap hari akan ada orang yang membeli. Kita boleh rolling modal kita dengan cepat maka kita boleh dapat keuntungan serta merta. Walaupun margin kecil, kekerapan pelanggan untuk membeli adalah tinggi.

Contoh, produk keperluan ialah makanan, pakaian, kelengkapan bayi dan lain-lain.

2. Pilih produk kering dan bukan produk basah.

Produk kering lambat rosak dan tarikh luput tidak ada atau sangat lama. Produk basah mudah rosak dan cepat tarikh luputnya. Kita tidak perlu risau jika produk kita tidak terjual dalam masa terdekat.

3. Pilih produk yang mudah dihantar.

Produk yang kecil memerlukan kos yang rendah untuk penghantaran. Tidak perlu menyewa lori besar untuk menhantarnya. Cukup dengan menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar produk kepada pelanggan. Perkhidmatan pos pun murah untuk produk bersaiz kecil.

Kesimpulan

Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti.

Semoga artikel ini membantu tuan puan mengenalpasti kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu.

Ingin mendapat lebih banyak tips bisnes?

memulakan bisnes

 

  •  
    4.1K
    Shares
  • 4.1K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

5 thoughts on “Memulakan Perniagaan Pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *