Panduan Umum Mengklasifikasikan Kos Marketing

Mengira kos operasi amatlah penting untuk bisnes. Kegagalan mengira kos marketing menyebabkan kita gagal merancang budget bulanan ataupun tahunan.

Ini selalu terjadi biasanya kepada bisnes SME kerana kurangnya pengetahuan tentang pengiraan kos marketing dan sales. Malah marketing dan sales itu juga adalah satu cabang yang berbeza.

Ada juga banyak kelas-kelas marketing yang mengajar “teknik marketing tanpa modal”. Sebenarnya ini adalah maklumat yang sebenarnya langsung tidak tepat.

Sebagai contoh jika kita sebagai business owner juga yang membuat konten untuk bahan marketing kita.

 

Persoalannya bolehkah kita terjemahkan nilai masa kita dengan “monetary value” jika mengupah orang lain itu menulis konten tersebut untuk kita?

Jawapannya tidak boleh, melainkan syarikatnya kita sendiri membayar kita upah tambahan untuk melakukan kerja itu.

Secara umum prinsip asas perakaunan menggariskan kita haruslah dapat menterjemahkan nilai sesuatu kos dalam bentuk”monetary value” barulah boleh dilaporkan.

Dan nilai sesuatu kos servis sebenarnya sangatlah subjektif tapi secara umumnya berapa “nilai sebenar” yang kita keluarkan untuk servis tersebut.

Begitu juga dengan situasi adakah yuran kelas pengajian yang dibayar untuk mengikuti “kelas teknik marketing tanpa modal” boleh kita definisikan sebagai kos marketing?

Untuk menjawab persoalan ini dan kefahaman menyeluruh paling penting adalah kita tahu apakah garis panduan umum atau definisi kos-kos yang melibatkan marketing itu.

Panduan umum adalah kos marketing adalah kos berkaitan yang mempunyai kaitan terus dengan penjualan produk atau servis

 

 

Berbeza dengan kos pentadbiran adalah kos melibatkan perbelanjaan yang tiada kaitan terus dengan penjualan produk atau servis tetapi terpaksa dipikul untuk menjalankan bisnes.

Jadi pembuat akaun perlu mengenal pasti adakah yuran kelas bengkel marketing mempunyai kaitan terus dengan penjualan product/servis atau dikategorikan dalam perbelanjaan pentadbiran bertujuan meningkatkan kemahiran staff?

  •  
    514
    Shares
  • 514
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *